馬來文(馬來語)題庫下載題庫

上一題
Industri kraf tangan tradisional merupakan kerja penghasilan kraf tangan tradisional seperti batik, wayang,gasing dan sebagainya. Industri ini berkait rapat dengan industri pelancongan, terutamanya di desa dan juga ditempat pelancongan. Industri ini merupakan satu industri yang berpotensi besar untuk membantu meningkatkantahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa dan sementara itu juga memain peranan penting dalammewarisi kesenian penduduk tempatan. Oleh itu, pelbagai tindakan boleh dilakukan untuk memajukan industri inike tingkat yang lebih baik lagi. Langkah yang paling wajar untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak pusat kraftangan di tempat yang berkenaan. Dengan adanya penubuhan pusat kraf tangan, sudah pasti akan menggalakkanpekerjaan kraf dan meningkatkan penjualan kraf. Dengan itu, banyak produk kraf boleh dipamerkan dan mudahuntuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar negeri. Sementara itu, pusat ini juga boleh dijadikan sebagaitempat mendidik pengusaha atau seniman supaya cara pembuatan kraf boleh diwarisi. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil tindakan untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalanteknologi dan reka bentuk yang unik dapat meninggikan lagi keluaran produk industri ini supaya kos menjadilebih murah dan harga menjadi lebih kompetitif. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebihberdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong. Kesimpulannya, negara kita mempunyai banyak kraf tangan yang sangat menarik dan dengan tindakanseperti yang disebutkan tadi pasti boleh membantu meningkatkan produktiviti industri kraf tangan.
【題組】80 Perkataan “berdaya saing” dalam karangan di atas adalah seerti dengan _____ .
(A)kreatif
(B)komposisi
(C)kompetitif
(D)lokasi


Industri kraf tangan tradisional merupa..-阿摩線上測驗