Du Xin dan Ming Xuan adalah adik beradik. Umur mereka hanya berbeza satu tahun. Sejak kecil
mereka sangat suka bermain bersama dan belajar bersama. Dahulu mereka disebut kecil-kecil anak
harimau, dan Ming Xuan merupakan anak emas kerana dia merupakan anak yang sangat pandai.
Mereka berdua memiliki hobi yang sama, yakni cinta terhadap pelancongan.
Setelah menamatkan pelajaran di sekolah menengah, Ming Xuan melanjutkan pelajaran di universiti,
sedangkan Du Xin bekerja sebagai pemandu pelancongan yang merupakan impiannya. Du Xin sangat
senang menjadi pemandu pelancongan di kampungnya kerana dapat membantu perkembangan budaya
tempatan.
Ming Xuan pun mengambil jurusan pelancongan di universiti. Oleh sebab kecintaan terhadap
kampungnya, Ming Xuan menjadikan daerah tempat tinggalnya sebagai tajuk tugas kelulusannya. Oleh
sebab kakaknya yang sudah berpengalaman dalam pelancongan di kampungnya, Ming Xuan pun banyak
bertanya kepadanya. Akhirnya mereka berazam bekerjasama untuk memajukan budaya kampungnya.
【題組】76 Perkataan kecil-kecil anak harimau dalam petikan di atas bermaksud________ .
(A) meskipun kecil tetapi berani (B) kecil dan nakal
(C) suka bermain (D) kecil dan pandai